Tuesday, October 28, 2008

Lega....

Hari ni, aku bermula kerja seperti biasa setelah pulang dari Perlis.Buat pertama kalinya aku berpeluang membuat pementasan dinegeri lain. Penat tapi best...sbb dpt bersama dgn rakan2 lain yg semuanya mmg satu kepala..hahahaha

Kami memulakan perjalanan pada jam 9.00pagi..sepanjang perjalanan hati ini berdebar2..mana tak nye aku ni ada darah gemuruh,so untuk cover darah gemuruh aku ni,sepanjang 3 jam perjalanan kami berceloteh dgn bermacam2 topic...at least hilang sikit rasa gelabah tu...kitaorg tiba di sana lebih kurang jam 12tengahari...Ada diantara kami yg sudah tiba awal kerana menyiapkan prop,lampu dah music...

Sebelum memulakan rehersal kitaorg pun bersantai sekejap sambil menjamah makanan tengahari...baru sampai trus melantak,hahaha...makanan yg dihidangkan mmg menyelerakan,masakan org negeri perlis ala2 kampung...setelah menghabiskan makanan tengahari kami semua ke bilik masing2,disana telah disediakan asrama bagi perempuan dan lelaki...terasa mcm di alam persekolahan pulak...anyway kami semua berasa sungguh selesa dgn kemudahan yg disediakan...

Jam 6.30pm,masa untuk bersiap ...aku panic tahap ntah ape-ape...mulalah darah gemuruh aku ni...tapi biasa la,control.....dlm bilik persalinan,masing-masing dgn gelagat mereka...ada yg berdiam diri in charactor...ada yg masih menbaca skrip,aku la tuh...hihihi,apa-apa pun aku sudah bersedia dan akan buat yg terbaik no matter what...

Last call around 8.00pm,semua pelakon diarahkan berada dibelakang pentas.....bole dikatakan ramai jgk yg hadir mengisi auditorium pada malam pertama...















suasana kampung yg buat hati tenang...















Dewan Budaya Negeri Perlis















Tanpa mereka ni kerja tak jadi...














lepak jap...














Adegan sofea bersama teman seperjuangannya..hahaha















Ni pulak adegan bergosip..















sofea yg tidak puasa hati bila melihat Julia bersama Hisyam
















Hisyam yg selalu mabuk dan sofea menjadi mangsa yg selalu dipukul
















Hisyam naik marah....Kak Mona cuba menghalang..















Sofea kena blasah lagi...

















Hisyam dipukul olen Mazlan yg marah kerana bersikap kejam pada Sofea



















Mazlan memujuk Sofea yg sedih setelah ditgglkan Hisyam












Adegan apek dan Baby yg membuatkan auditorium riuh dgn gelak ketawa..














tanpa ibu teater ni tak sempurna show kami ni...respect!














Yus Raja Lawak dgn aksi mak nyah...mmg lawak..












Mak nyah yg paling vogue..













Ibu Sofea yg sungguh kecewa dgn berita yg mengejutkan
Selama 2 hari pementasan,aku dan rakan2 seperjuangan telah memberi sepenuh commitment bagi menjayakan pementasan kali ini dan kami semua telah cuba memberi yg terbaik.
Tak sangka pulak tanpa latihan yg cukup kami menerima feedback yg positif dari penonton walaupun, masih ada kekurangan namun penonton terhibur..yg pasti penonton faham message yg disampaikan dari show ini...alhamdulilah...
Ini adalah satu pengalaman yg sungguh mematangkan aku...disini aku mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa terime kasih pada produksi Budayasari PP yg memberi peluang dan jugak rakan2 yg bnyk menolong...tanpa kalian pasti aku lemas dlm lumpur..hahahaha

Wednesday, October 22, 2008

Motivated or demotivated?

Actually,aku fikir sepuluh kali jgk la nak buat entry ni....at first rasa mcm malas tp aku perlukan rujukan dan pendapat dari sahabat2 dan rakan2 blogger ku....

Lega rasa nya dah lepas preview smlm...ramai jugak yg hadir menyaksikan pementasan kami.
Sepanjang minggu ni,aku mmg ditahap tension maksima dan risau gila, cuma dok control aje...maklum la kan,preview dan show nak dekat....dan aku masih belum lagi dapat menyelami watak Sofea ni,dah la pertukaran watak last minute...but i set up my mind i'll try my level best to do it, no matter what...
Abis je show,kami diarahkan berkumpul...Pengarah Kebudayaan kat situ nak jumpa...

Belum sempat nak tarik nafas,lakonan ku telah dikritik dgn kata2 yg mmg buat aku nak carut...tapi mmg dah carut pun dalam hati,cuma tak dpt didengari...yg buat aku tersentap bila dia cakap " you fail!"
Suasana disitu smlm,tiba2 bertukar macam keadaan kat dlm bilik darjah..cikgu marah anak murid nye...semua berdiam seribu bahasa mendengar leteran dia...pengarah untuk teater ni pun diam tanpa kata2,....terlalu banyak kekurangan dan kelemahan show kali ni...dari segi character,vokal,lampu,prop...bole dikatakan semua,this is the worst show to her...

Aku bukan nye seorang yg tidak bole menerima kritikan,selama aku menceburi diri dlm bidang ni..segala kritikan i take it positively,tapi apa yg buat aku tak puas hati,dia main serbu ikut suka hati dia...yes,i should speak out last nite...tapi rasa hormat dan rasa tak nak tunjuk pandai membuatkan aku diam seribu bahasa...

Aku datang kesini dgn zero,hanya minat yg membuatkan aku jatuh cinta pada teater(lakonan).Aku tiada basic lakonan dan hingga skrg aku masih belajar...dan aku amat bertuah kerana dapat bersama orang2 seni disitu yg bnyk membantu..

Disini aku tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa.... apa yg aku cuba nak terangkan disini ialah setiap produksi yg hendak membuat pementasan memerlukan disiplin dari segi time management dan persiapan....what do u aspect the result for 3days training?
Comfirm la mcm hampeh!Aku bukan nya pro sght,pelakon terbaik 2008 bole la buat mcm tu...aku baru dok merangkak and i need a guide.. My previous show,persiapan kami mengambil 2 bulan training...so the result is excellent tapi tak la sehebat box office...
Apa yg membuatkan aku kecewa disini.....she dont know the clear picture,whats going on,what is our problem...seseorang yg bertanggunjawap di dlm produksi ini perlu menerangkan keadaan sebenar bahawa kami ni kurang latihan...bukan hanya berdiam kan diri...majority kami disini punya commitment lain,kerja,rumah... aku telah cuba untuk membahagikan masa untuk produksi ni...abis keja terus bergegas ke latihan,hinggakan nyaris nak langgar mangkuk ayun yg bawak moto ntah2 ape2 kerana mengejar masa ...tapi bila smpi kat sana training cancel...who should i blaim? Terus terang aku katakan disini...aku kesini untuk mencari ilmu...bukan untuk tunjuk cantik atas stage seperti apa yg dia katakan semalam,tak berbaloi langsung aku nak tunjuk lawa atas tu...bukan nye dapat duit pun...selama ni pun penat lelah dan duit ringgit tak pernah terlintas dlm kepala otak aku ni...aku dah korban kan masa,penat dan duit ringgit untuk minat aku ni...ingat minyak petrol tk payah bayar? dah la minyak mahal sekarang....

The conclusion is....latihan amat penting untuk setiap pementasan...itu je aku nak ckp disini...
Apa2 pun,aku kena teruskan jugak...show weekand ni...

Monday, October 20, 2008

I'll be back on stage.....

Setelah agak lama tidak beraksi diatas pentas, kini aku telah di beri peluang oleh BUDAYASARI salah satu kumpulan teater yg tidak asing lagi di Pulau Penaga ni...

Kalau nak diikutkan kami semua mmg kesuntukan masa untuk latihan memandangkan masing2 agak sibuk dgn hal masing2 dan jgk ada diantara kami yg terikat dgn kerja...bayangkan lah, show lagi 3 hari...aku pasrah!
Kali ini,aku telah diberi kepercayaan oleh pengarah untuk memegang watak yg bagi aku mmg berat untuk seorang yg masih baru seperti aku....pada mula nya,aku mmg kekok dan tak confident yg aku bole menyelami watak ni...tapi dgn ada nya rakan2 yg bnyk menberi tunjuk ajar,aku motivated....thank a lot to all of u yg bnyk membantu walau pun kita semua didalam zon bahaya...hahahahaha,faham2 je la...esok ada preview..

Ini sinopsis cerita yg bertajuk SOFEA..(aku la tuh..)

Sofea seorg pelacur yg hidup melarat di lorong pelacuran kerana dijual oleh Hisyam bagi mencari wang untuk menanggung kehidupan Hisyam yg menghabiskan masa nya dgn berfoya2,kaki judi dan mabuk.Sofea tidak dpt keluar dari keperitan hidupnya walaupun berkali-kali dinasihati oleh pelacur2 di hotel berkenaan kerana takut dgn ugutan dan ancaman Hisyam terhadapnya.Pada masa yg sama Sofea sering didatangi pelanggan tetapnya bernama Mazlan,seorg ahli perniagaan yg berkedudukan dan kaya yg amat mencintai Sofea.Mazlan memujuk Sofea untuk keluar dari lembah pelacuran dan membina hidup baru bersamanya tetapi Sofea menolak...akhirnya Hisyam telah menghidu perhubungan mereka..maka terjadi pergaduhan diantara Hisyam dan Mazlan...Hisyam dipukul teruk oleh Mazlan..Hisyam mengugut Sofea dgn ugutan keras dan berlalu dari situ.Sofea bingung apabila ditinggalkan Hisyam sedang kan Sofea didlm pelukan Mazlan.
Dalam kekalutan tiba2 Sofea hilang.Pelbagai persoalan yg timbul difikiran Mazlan dan rakan2
Sofea yg ada disitu.Julia seorang pelacur yg tak sehaluan dgn Sofea muncul dan membongkar rahsia sebenar....
Nak tahu rahsia sebenar Sofea kena lah dtg tengok show we all, sekiranya u all berada di utara,dtg lah beramai2 jika ada masa terluang,masuk percuma...hehehehe

Persembahan kali ini akan diadakan di Auditorium Taman Budaya Negeri Perlis pada 25th dan 26th October ini pada jam 8.30 mlm..

Disbbkan gambar aku tk smpat nak ambik,nnti2 aku paparkan disini.....
Wish me all the best...

Monday, October 6, 2008

Sambung kerja!

Dah genap 7 hari kita beraya...Tahun ni merupakan tahun pertama dlm sejarah hidup sy beraya bersama kawan2 sekerja dgn suasana di tempat kerja....

Seperti biasa sy ke tmpt kerja awal pagi,jam 5.45am...masuk keja pukul 6am.Ntah kenapa,suasana raya tu tak terasa...tiba2 terasa sebak didada (ayat skima)..mungkin jiran2 sy semua tak bangun lagi kut...sampai ditempat keja kat parking lot, sunyi gila...satu makluk manusia pun tak nampak...didlm fikiran sy... takkan aku sorang je dtg keja ni oii...nak je pusing balik rumah ,biar betoi!

Naik tingkat atas..baru la lega hati kecil ku ini, baru nmpk teman2 seperjuangan...kami bersalaman dan bermaafan..

Dikesempatan ini,walaupun agak lambat buat entry raya...sy nak menyucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd semua sahabat2 sejiwa sy dan jugak teman2 blogger sy yang sy saaaaaayaaaaaaaaang sngt...
sekiranya ada silap dan salah selama berblogging dan segala komen2 dari sy yg mungkin menguris perasaan teman2 semua(ayat skima lagi!) harap jgn disimpan didlm hati ye...MAAF ZAHIR DAN BATIN tau......terima kasih kerana menjadi sahabat dan teman sy,ia sungguh bermakna...

Tiada apa yg dpt ku berikan sempena di bulan mulia ini hanya...Love n smile to all my friends





Wednesday, September 17, 2008

Jom...bukak puasa!!

Bertempat di Rumah kelahiran P.Ramlee,Jabatan Kebudayaan & Kesenian telah mengadakan majlis Semarak Al-Mubarak semalam.Saya bersama semua NGO dari PESAKA,PELAYANG,SENI MUTIARA,B'WALEE.TETAMU,RESDUNG dan semua org2 seni disitu telah memberi kerjasama,bergotong-royong.Antara acara yg dijlnkan smlm Kacau Dodoi,Majlis berbuka puasa dan berterawih.

Sy tiba disitu hampir jam 9 pagi,ada diantara kami yg hadir lebih awal dan telah pun bersiap sedia untuk acara pertama iaitu 'Kacau Dodoi'.Untuk menyiapkannya mengambil masa berjam2 dan perlu menggunakan tenaga.Walaupun panas terik ditambahi dgn haba kawah dan asap memedihkan mata,tidak sedikit pun membakar semangat kami untuk terus bergotong-royong dan memeriahkan lagi majlis ini.

Program2 seperti ini adalah satu program yg amat sihat,dgn activiti2 yg dijlnkan dpt melahirkan rasa memesraan,dan merapatkan siratulrahim dikalangan pengiat2 seni.














Kaum adam kena angkut kayu...kuang3














Masak gula merah dulu..














cis,group sbelah dah start dulu...















Mula2 hidupkan api laaa...














1 jam berlalu,api tak menyala lagi!!














awek arab sbelah tu pon,menyumbangkan tenaganya...hehehe















Aksi2 pengacau dodoi..control macho..















panas gilerr...tapi nak buat jugak!















Aksi2 mereka...mcm bagussss...















nantikan...'BAPAK TIRIMU,BKN BAPAK TIRI KUUU'














apa lagi,mengumpat la tuh!













Cik Yam pengarah kita,memperkenalkan resepi kerabunye














pasti sedap,sebab aku yg kacau...hehehe














5.30pm,acara ini hampir selesai..














oi,ni keja pompuan laaaa...














Adik kite...pelakon Blalang Kenit















Respect dgn makcik ni,mmg pro bab mengacau dodoi..





bab mengoreng,cik abang ni pro..























aku pun tk pasti pasaipa la aku bubuh gambaq ni..














ini lah tukang masak kite..














Majlis berbuka dgn bermacam hidangan...best!







Bab posing, memang terror..pantang nmpk orang ambik gambaq!

Friday, September 12, 2008

Akhir nya....















Bila tiba nya ramadhan,pasti suasana di tempat keja aku jadi lengang..bkn nye lengang tkde passenger,pasengger ramai cuma potential customer tkde...semua "look see-look see" customer dan "touch n go" customer...ini yang menbuat aku under preasure...

Dalam keadaan bosan,tiba2 aku terkenangkan pada seorang teman.Teman tapi mesra.Aku mengenali dia ketika aku berpluang belajar di salah satu institusi di Shah Alam..alaa,tapi itu pun aku blaja tak habis....hahahha

Teman aku ni, bole dikatakan salah seorang pelajar yg selalu buat pensyarah bengang..mana tak nye masa kuliah dia menghabiskan masa dengan melukis,kenapa lah engkau ambik jurusan yang takde kena mengena dgn minat engkau...aku pun tak pasti,mungkin dia takde pilihan lain...Aku dan kawan2 sekuliah aku ni mmg tak kering gusi dgn kerenah teman aku ni,yang kelakar bila dia dimarahi pensyarah,suka buat muka kesian...hahahaha,tak sesuai langsung...

Activiti kami sekumpulan,slalu nya lepak di salah satu gerai makan di section dua...itu lah port kami,bole dikatakan setiap malam cuma pada hari minggu masing2 pulang ke rumah ataupun rumah saudara.

Kami berlima bole dikatakan amat rapat,dah seperti adik beradik..cuma kadang2 terdengar gosip2 liar yang mengatakan kami punya hubungan. Aku tidak peduli dengan apa yang orang kata,pada aku kami sekadar kawan sekuliah dan aku menghormati dia sebagai orang yang lebih tua dari aku.

Aku pendekkan cerita......

Sejak kebelakangan ini,aku terasa ada kelainan dengan sikap teman aku ni...dia memencilkan diri dan tidak seceria dulu.Dia menbisu seribu bahasa,disaat-saat kami sibuk membuat persiapan untuk persembahan pada malam annual dinner yg selalu diadakan setiap tahun.

Aku mula kurang senang dengan sikap dia yang tidak mahu melibatkan diri,tidak ambil peduli...aku amat berharap agar dia membantu.Tapi,dia tetap dgn pendirian dan sikap dia yang hanya mendiamkan diri tanpa kata-kata.Aku mula bengang...


Seminggu berlalu,teman aku ni tetap berperangai serupa...aku dan kawan2 lain buat tk kisah je...malas nak layan.Lantak engkau lah...Didalam fikiran aku,mungkin dia ada masalah lain,aku tak perlu masuk campur atau bertanya banyak hal peribadi orang,nanti aku dikatakan busybody pulak..lagipun aku tak reti lah nak pujuk pujuk ...aku bukan nya ada buat salah dengan dia pun..apatah lagi menyakitkan hati dia...

Satu malam,seperti hari2 biasa kami semua ke gerai makan...tak sangka pulak teman aku berada disitu jugak.Keadaan agak tengang bila kami dapat tahu yg teman aku ni dicabar untuk berlumba.Aku tak pasti siapa mereka itu....Kami semua tidak setuju dgn tindakan bodoh dia tu,tapi dia degil dan tetap mahu berlumba....Aku mati idea tak tau nak cakap apa lagi dah.....disaat itu,aku bayang kan benda yang tak elok akan menimpa teman aku ini.. aku mesti halang dia dari terus berlumba,tapi apa daya aku...dia ni degil!

Jam hampir 11.00 mlm....

Aku perlu bergegas pulang ke asrama ku....sebelum pulang aku masih lagi mencuba pujuk teman aku ini dgn berharap agar dia tukar fikiran..namun dia tetap dgn pendirian nya..
Ikutkan hati,nak je aku pecah-pecah kan tayar moto dia tu...ataupun aku ajak kawan2 lain humban kan motosikal dia ...biar berkecai...Sekali lagi, aku betul2 bengang..
Dengan berat hati,aku harus melangkah kaki pulang... aku memandang teman aku ni dgn dahi ku berkerut tanpa kata-kata...."jaga diri baik-baik" Ha???!!!!! dia suruh aku jaga diri,sedangkan dia nak pergi menempuh maut!...Aku terdiam seribu bahasa dan terus beredar dari situ.....sepanjang perjalanan pulang bersama kawan sebilik ku,aku berdoa agar teman aku ni dijauhkan dari malapetaka..

Di dalam bilik,aku tak senang hati,mcm kucing nak beranak.Aku perlu buat panggilan....

Hingga hari ini,saat ini...tragedi itu masih diingatan...ARWAH ADLYMAZALI..atau nama panggilan oleh kami semua Dylon...kamalangan itu amat mengerikan...aku dan kawan2 lain tidak berada ditempat kejadian tapi kami bermalam di hospital dan menemani arwah pulang ke Johor Bahru dan disemadikan disitu....

Jauh disudut hati aku ini...hingga hari ini aku kesal dgn apa yg berlaku,kedegilan mu membinasakan diri,kalau lah aku tahu engkau akan pergi dlm keadaan mcm ni,aku pasti pecah-pecah kan tayar moto engkau,aku pasti humban kan moto engkau...,tapi ajal dan maut ketentuan tuhan....aku pasrah,tiada siapa yg dapat menghalang...

Aku sentiasa mendoakan roh mu ditempatkan dgn orang2 yg beriman Adly....

p/s..pada blogger2 yg merempit....tegezoot! hang pun dok rempit kat blakang seagate kan?!...
sayangkan la diri tu...klu rasa nk tunjuk hebat...p lah kat litar lumba,at least dpt jugak nama..
mana tau,kut kut lah....bole masuk formula one,pas tu dapat jadi ambassador Taq Huer....
bangga jugak aku juai jam...

Sunday, August 31, 2008

7th Years Aniversary...

Tahun ini genap 7 tahun sy berkhidmat dgn majikan sy SWISS WATCH GALLERY.Hahaha...bila difikirkan blk at last sy berjaya bertahan tanpa bertuka kerja sbb my history employment paling lame pun 1 year and the worst part, first day working the next day absent...tp itu 14 tahun punye cite, masa tu cetek akal....
Disini sy nk ceritakan pengalaman sy selama berkerja kerana mgkn tahun ini bakal menjadi tahun terakhir buat sy...at least i got something for rememberence..

This is where i work..SWISS WATCH GALLERY..













We're more in sales line , retail and im incharge of M.Blanc Boutique.Sy selesa dgn environment di tmpt keja sy,mana tk nye hari2 dpt sentuh brg2 branded,all those expensive watches walaupun cant afford to buy dpt try2 jadilahhhhhhhh...

My job function actually more on sales and we have to hit our individual monthly target, no matter what!! Mmg stress nak hit target 5 ke 6 angka sebulan dgn keadaan inflasion,budget dan dgn kenaikan harga....masa sy taip entry ni,kat sini lengang tkde passenger,langsung tkde potential customer..tp bagus jgk, sy bole curi tulang...hihihihi

What i really like about my job is...hari2 bole menyembang..hahahaha tklah...what i mean is,dpt berceloteh dgn bermcm2 golongan manusia,berlainan bangsa..religion,race dan yg penting contact...that's how i learn to improved my PR and communication...dan the most important to upsell and also improved my selling tecnique....

Some of my regular customer,easy spend money just like that...senang2 je bli ribu2 punye jam,i wonder how much their income monthly??? tp bagus jgk diaorg spend dari situ lah income sy...Mgkn pada pandangan kita, ia satu pembaziran yg melampau,begitu jgk pada pandangan sy..tp bg seseorg yg mampu dan berkerjaya,dan seseorg yg terlibat dgn perniagaan ia satu prestige and to prove that there're sucsessfull in their business..So impressive..sy adore mereka2 yg berjaya dgn usaha sendiri..

Ha!!What i really hate about my job is..sampai skrg sy tk pasti apa position sy dlm organisasi ni..sebab mcm2 nk kena buat,nk kena jadi storekeeper bila new stock masuk,kena jadi cleaner,panjat sana sini buat house keeping..pernah satu ketika sy jadi cicak man,panjat smpi atas ceiling susun stock..dah la diorg hire semua pekerja perempuan,lelaki sorang je....itupun staff baru.. yg paling tk dpt dilupakan time kena angkut Bvlgari showcase dari arrival hall..punyeee la jauhhhh.. u just imagine,kitaorg perempuan2 seksi pakai skirt angkut showcase 8 kali ganda besar dari sy....pas2 boss blanje Nando's..Bkn itu je,sy kena jadi clerk, IT,Maintenance.,menchandising...semua kena blaja sendiri plak tuh..yg paling tension time briefing n meeting..segala mcm format,sistem, rules baru kluar...but sometime i band the rules...hahaha tkpe, not break the rules..

Apa2 pun sy hapy n enjoyed berkerja disini,ia dah jg rumah kedua sy......tp sy tknak jadikan tmpt ni zon selesa..sy nak perubahan dlm diri sy dan perubahan dlm hidup..


Hidup mesti ada peningkatan utk maju, dgn itu perlu bergerak....













She's my good friend ever...













Taq heur formula One RM3500,aku punye dream watch...














Keja 20 tahun,blum tentu dpt bli jam ni...Bvlgari Diagano RM10900















M.blanc display menchandising punye konsep tersendiri,hanya mereka2 yg ada sentuhan seni je ble buat...hahahaha














M.Blanc writing instrument....SolitaireSteel,price range RM2130














M.Blanc Boheme Jewel ,price range RM 5500