Tuesday, October 28, 2008

Lega....

Hari ni, aku bermula kerja seperti biasa setelah pulang dari Perlis.Buat pertama kalinya aku berpeluang membuat pementasan dinegeri lain. Penat tapi best...sbb dpt bersama dgn rakan2 lain yg semuanya mmg satu kepala..hahahaha

Kami memulakan perjalanan pada jam 9.00pagi..sepanjang perjalanan hati ini berdebar2..mana tak nye aku ni ada darah gemuruh,so untuk cover darah gemuruh aku ni,sepanjang 3 jam perjalanan kami berceloteh dgn bermacam2 topic...at least hilang sikit rasa gelabah tu...kitaorg tiba di sana lebih kurang jam 12tengahari...Ada diantara kami yg sudah tiba awal kerana menyiapkan prop,lampu dah music...

Sebelum memulakan rehersal kitaorg pun bersantai sekejap sambil menjamah makanan tengahari...baru sampai trus melantak,hahaha...makanan yg dihidangkan mmg menyelerakan,masakan org negeri perlis ala2 kampung...setelah menghabiskan makanan tengahari kami semua ke bilik masing2,disana telah disediakan asrama bagi perempuan dan lelaki...terasa mcm di alam persekolahan pulak...anyway kami semua berasa sungguh selesa dgn kemudahan yg disediakan...

Jam 6.30pm,masa untuk bersiap ...aku panic tahap ntah ape-ape...mulalah darah gemuruh aku ni...tapi biasa la,control.....dlm bilik persalinan,masing-masing dgn gelagat mereka...ada yg berdiam diri in charactor...ada yg masih menbaca skrip,aku la tuh...hihihi,apa-apa pun aku sudah bersedia dan akan buat yg terbaik no matter what...

Last call around 8.00pm,semua pelakon diarahkan berada dibelakang pentas.....bole dikatakan ramai jgk yg hadir mengisi auditorium pada malam pertama...















suasana kampung yg buat hati tenang...















Dewan Budaya Negeri Perlis















Tanpa mereka ni kerja tak jadi...














lepak jap...














Adegan sofea bersama teman seperjuangannya..hahaha















Ni pulak adegan bergosip..















sofea yg tidak puasa hati bila melihat Julia bersama Hisyam
















Hisyam yg selalu mabuk dan sofea menjadi mangsa yg selalu dipukul
















Hisyam naik marah....Kak Mona cuba menghalang..















Sofea kena blasah lagi...

















Hisyam dipukul olen Mazlan yg marah kerana bersikap kejam pada Sofea



















Mazlan memujuk Sofea yg sedih setelah ditgglkan Hisyam












Adegan apek dan Baby yg membuatkan auditorium riuh dgn gelak ketawa..














tanpa ibu teater ni tak sempurna show kami ni...respect!














Yus Raja Lawak dgn aksi mak nyah...mmg lawak..












Mak nyah yg paling vogue..













Ibu Sofea yg sungguh kecewa dgn berita yg mengejutkan
Selama 2 hari pementasan,aku dan rakan2 seperjuangan telah memberi sepenuh commitment bagi menjayakan pementasan kali ini dan kami semua telah cuba memberi yg terbaik.
Tak sangka pulak tanpa latihan yg cukup kami menerima feedback yg positif dari penonton walaupun, masih ada kekurangan namun penonton terhibur..yg pasti penonton faham message yg disampaikan dari show ini...alhamdulilah...
Ini adalah satu pengalaman yg sungguh mematangkan aku...disini aku mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa terime kasih pada produksi Budayasari PP yg memberi peluang dan jugak rakan2 yg bnyk menolong...tanpa kalian pasti aku lemas dlm lumpur..hahahaha

Wednesday, October 22, 2008

Motivated or demotivated?

Actually,aku fikir sepuluh kali jgk la nak buat entry ni....at first rasa mcm malas tp aku perlukan rujukan dan pendapat dari sahabat2 dan rakan2 blogger ku....

Lega rasa nya dah lepas preview smlm...ramai jugak yg hadir menyaksikan pementasan kami.
Sepanjang minggu ni,aku mmg ditahap tension maksima dan risau gila, cuma dok control aje...maklum la kan,preview dan show nak dekat....dan aku masih belum lagi dapat menyelami watak Sofea ni,dah la pertukaran watak last minute...but i set up my mind i'll try my level best to do it, no matter what...
Abis je show,kami diarahkan berkumpul...Pengarah Kebudayaan kat situ nak jumpa...

Belum sempat nak tarik nafas,lakonan ku telah dikritik dgn kata2 yg mmg buat aku nak carut...tapi mmg dah carut pun dalam hati,cuma tak dpt didengari...yg buat aku tersentap bila dia cakap " you fail!"
Suasana disitu smlm,tiba2 bertukar macam keadaan kat dlm bilik darjah..cikgu marah anak murid nye...semua berdiam seribu bahasa mendengar leteran dia...pengarah untuk teater ni pun diam tanpa kata2,....terlalu banyak kekurangan dan kelemahan show kali ni...dari segi character,vokal,lampu,prop...bole dikatakan semua,this is the worst show to her...

Aku bukan nye seorang yg tidak bole menerima kritikan,selama aku menceburi diri dlm bidang ni..segala kritikan i take it positively,tapi apa yg buat aku tak puas hati,dia main serbu ikut suka hati dia...yes,i should speak out last nite...tapi rasa hormat dan rasa tak nak tunjuk pandai membuatkan aku diam seribu bahasa...

Aku datang kesini dgn zero,hanya minat yg membuatkan aku jatuh cinta pada teater(lakonan).Aku tiada basic lakonan dan hingga skrg aku masih belajar...dan aku amat bertuah kerana dapat bersama orang2 seni disitu yg bnyk membantu..

Disini aku tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa.... apa yg aku cuba nak terangkan disini ialah setiap produksi yg hendak membuat pementasan memerlukan disiplin dari segi time management dan persiapan....what do u aspect the result for 3days training?
Comfirm la mcm hampeh!Aku bukan nya pro sght,pelakon terbaik 2008 bole la buat mcm tu...aku baru dok merangkak and i need a guide.. My previous show,persiapan kami mengambil 2 bulan training...so the result is excellent tapi tak la sehebat box office...
Apa yg membuatkan aku kecewa disini.....she dont know the clear picture,whats going on,what is our problem...seseorang yg bertanggunjawap di dlm produksi ini perlu menerangkan keadaan sebenar bahawa kami ni kurang latihan...bukan hanya berdiam kan diri...majority kami disini punya commitment lain,kerja,rumah... aku telah cuba untuk membahagikan masa untuk produksi ni...abis keja terus bergegas ke latihan,hinggakan nyaris nak langgar mangkuk ayun yg bawak moto ntah2 ape2 kerana mengejar masa ...tapi bila smpi kat sana training cancel...who should i blaim? Terus terang aku katakan disini...aku kesini untuk mencari ilmu...bukan untuk tunjuk cantik atas stage seperti apa yg dia katakan semalam,tak berbaloi langsung aku nak tunjuk lawa atas tu...bukan nye dapat duit pun...selama ni pun penat lelah dan duit ringgit tak pernah terlintas dlm kepala otak aku ni...aku dah korban kan masa,penat dan duit ringgit untuk minat aku ni...ingat minyak petrol tk payah bayar? dah la minyak mahal sekarang....

The conclusion is....latihan amat penting untuk setiap pementasan...itu je aku nak ckp disini...
Apa2 pun,aku kena teruskan jugak...show weekand ni...

Monday, October 20, 2008

I'll be back on stage.....

Setelah agak lama tidak beraksi diatas pentas, kini aku telah di beri peluang oleh BUDAYASARI salah satu kumpulan teater yg tidak asing lagi di Pulau Penaga ni...

Kalau nak diikutkan kami semua mmg kesuntukan masa untuk latihan memandangkan masing2 agak sibuk dgn hal masing2 dan jgk ada diantara kami yg terikat dgn kerja...bayangkan lah, show lagi 3 hari...aku pasrah!
Kali ini,aku telah diberi kepercayaan oleh pengarah untuk memegang watak yg bagi aku mmg berat untuk seorang yg masih baru seperti aku....pada mula nya,aku mmg kekok dan tak confident yg aku bole menyelami watak ni...tapi dgn ada nya rakan2 yg bnyk menberi tunjuk ajar,aku motivated....thank a lot to all of u yg bnyk membantu walau pun kita semua didalam zon bahaya...hahahahaha,faham2 je la...esok ada preview..

Ini sinopsis cerita yg bertajuk SOFEA..(aku la tuh..)

Sofea seorg pelacur yg hidup melarat di lorong pelacuran kerana dijual oleh Hisyam bagi mencari wang untuk menanggung kehidupan Hisyam yg menghabiskan masa nya dgn berfoya2,kaki judi dan mabuk.Sofea tidak dpt keluar dari keperitan hidupnya walaupun berkali-kali dinasihati oleh pelacur2 di hotel berkenaan kerana takut dgn ugutan dan ancaman Hisyam terhadapnya.Pada masa yg sama Sofea sering didatangi pelanggan tetapnya bernama Mazlan,seorg ahli perniagaan yg berkedudukan dan kaya yg amat mencintai Sofea.Mazlan memujuk Sofea untuk keluar dari lembah pelacuran dan membina hidup baru bersamanya tetapi Sofea menolak...akhirnya Hisyam telah menghidu perhubungan mereka..maka terjadi pergaduhan diantara Hisyam dan Mazlan...Hisyam dipukul teruk oleh Mazlan..Hisyam mengugut Sofea dgn ugutan keras dan berlalu dari situ.Sofea bingung apabila ditinggalkan Hisyam sedang kan Sofea didlm pelukan Mazlan.
Dalam kekalutan tiba2 Sofea hilang.Pelbagai persoalan yg timbul difikiran Mazlan dan rakan2
Sofea yg ada disitu.Julia seorang pelacur yg tak sehaluan dgn Sofea muncul dan membongkar rahsia sebenar....
Nak tahu rahsia sebenar Sofea kena lah dtg tengok show we all, sekiranya u all berada di utara,dtg lah beramai2 jika ada masa terluang,masuk percuma...hehehehe

Persembahan kali ini akan diadakan di Auditorium Taman Budaya Negeri Perlis pada 25th dan 26th October ini pada jam 8.30 mlm..

Disbbkan gambar aku tk smpat nak ambik,nnti2 aku paparkan disini.....
Wish me all the best...

Monday, October 6, 2008

Sambung kerja!

Dah genap 7 hari kita beraya...Tahun ni merupakan tahun pertama dlm sejarah hidup sy beraya bersama kawan2 sekerja dgn suasana di tempat kerja....

Seperti biasa sy ke tmpt kerja awal pagi,jam 5.45am...masuk keja pukul 6am.Ntah kenapa,suasana raya tu tak terasa...tiba2 terasa sebak didada (ayat skima)..mungkin jiran2 sy semua tak bangun lagi kut...sampai ditempat keja kat parking lot, sunyi gila...satu makluk manusia pun tak nampak...didlm fikiran sy... takkan aku sorang je dtg keja ni oii...nak je pusing balik rumah ,biar betoi!

Naik tingkat atas..baru la lega hati kecil ku ini, baru nmpk teman2 seperjuangan...kami bersalaman dan bermaafan..

Dikesempatan ini,walaupun agak lambat buat entry raya...sy nak menyucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd semua sahabat2 sejiwa sy dan jugak teman2 blogger sy yang sy saaaaaayaaaaaaaaang sngt...
sekiranya ada silap dan salah selama berblogging dan segala komen2 dari sy yg mungkin menguris perasaan teman2 semua(ayat skima lagi!) harap jgn disimpan didlm hati ye...MAAF ZAHIR DAN BATIN tau......terima kasih kerana menjadi sahabat dan teman sy,ia sungguh bermakna...

Tiada apa yg dpt ku berikan sempena di bulan mulia ini hanya...Love n smile to all my friends